A piece of Moments

A piece of Moments

Wednesday, March 19, 2014

Mini Pavlova

Assalamualaikum..haha aku nih tak padan dengan Diet nak jugak letak entry makanan. Ha...tak dapat makan tengok pon jadilah. Actually lama dah aku simpan resepi nie dan jugak dah lame aku buat pavlova ni. Kalau tak silap bulan december tahun lepas. So sebab tak tahu nak update ape kat blog aku ni, aku kumpol la resepi makanan yang pernah aku try ye. Ok tanpa berlengah lagi let see!


Resepi Pavlova Chumel

Bahan-bahan: 
  • 4 biji telur
  • 3/4 cwn gula
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 st cuka makanan
  • 1/2 st esen vanilla
Cara membuatnya:
  1. Mula-mula panaskn oven terlebih dahulu dengan kepanasan 140 darjah celcius. Nanti bila nak mula membakar baru turunkan ke 110 darjah celcius ye.
  2. Asingkan putih dan kuning telur. Ambil utih telur sahaja. Kuning telur tidak diperlukan ye.
  3. Putar putih telur pada kelajuan tinggi dan pukul putih telur sampai gebu (soft peaks). Nak tau sampai soft peaks ke tak tandanya bila terbalikkan mangkuk ianya tak jatuh.
  4. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar.
  5. Putar sampai kental, sambil memutar masukkan sesudu tepung jagung dan teruskn memutar selama lebih kurang 3 minit.
  6. Bila sudah sebati, stopkan mixer. Hasil adunan sekarang dikenali sebagai meringue.
  7. Seterusnya dengan menggunakan spatula, masukkan esen vanilla dan cuka kemudian kacau sebati.
  8. Kaup balikkan sebatian dengan perlahan-lahan satu arah sahaja.
  9. Seterusnya, letakkan sebatian dalam bekas yg disukai. Kalau tak nak buat mini, letakkan dalam dulang pembakar dilapik dengan baking paper.
  10. Bakar selama 30 min ikot pada kepanasan oven masing-masing lah.
  11. Bila pavlova dah masak, dia akn garing di luar dan lembut di dlm, bila ditekan lembut permukaan pavlova tu, lembut aje.
  12. Bila dah siap masak biarkan pavlova sejuk di dalam oven dan biarkn pintu oven sedikit terbuka. Dah sejuk dalam 10 min barulah dikeluarkan.
Bahan-bahan topping:
  • 250 ml whipping cream Non Dairy (bukan tenusu)
  • buah-buahan segar seperti kiwi, anggur atau strawberry.
Cara membuatnya:
  1. Putar whipping cream dengan kelajuan tinggi. Putar dengan kental lebih kurang 10-15 min.
  2. Sambil tu potong segala buah tadi.
Cara menghias:
  1. Kalau pavlova dalam cup, letakkan whipping cream yg diputar tadi ats pavlova tu, kasi tutup permukaan dia.
  2. Kemudian susunkan buah buhan ats cream tadi. Ikot kretiviti masing-masing lah ye.
Ha...ni mini pavlova aku.Disebabkan hanya ada kiwi memandai je aku tambh limau,jgn ikut ye, limau tu akn jadi pahit.

Aku buat pavlova chomot giler. cream die tak berapa kental tuh. Yang beso tu ibu pavlova ye.
Ape lagi kengkawan..try la buat..sedappp! Sumber dari Cahaya Cintaku


No comments:

Post a Comment