A piece of Moments

A piece of Moments

Friday, February 21, 2014

Kek pelangi senja kukus

Assalamualaikum...nak update pasal makanan lagi. Semalam cuba buat kek ni, sebab sebelum ni bako aje..nak try rase yg kukus pulak dan resepi nye sedikit berbeza dengan resepi dari kawan mak. Namenye kek pelangi kukus aje. Aku saja tmbh kek pelangi kukus senja sbb wat waktu nak senja..hihihi. Thanks to Azie Kitchen sebab sudi share kan resepi sesedap ini..Lets see the recipe!

Ingredients:-

-1 cwn mentega
-1/2 cwn gula
-3 biji telur
-1/4 cwn susu pekat
-1/4 cwn serikaya
-1 1/2 cwn tepung gandum
-1 sk serbuk penaik
-1 sb serbok koko
-1 sk esen vanilla
-2 sb susu segar
-sedikit pewarna yg disukai


Methods:-

1-Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
2-Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3-Masukkan susu pekat, serikaya, vanila dan susu segar. Kacau rata.
4-Bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik (lagi elok diayak dahulu). 
5-Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
6-Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.


Taadaa...siap!!


Memang sedap dan lembut.


Warna warni lagi enak

Memang sedaapp..aku dapat jamah sikit je semalam. Sebab harini mula induction for DA. Tapi tak apalah nanti boleh buat lagi. Selamat mencuba ye. =)


Wednesday, February 19, 2014

CheeseCake Biskot

Ha...pasal makanan lagi..selagi ada masa sebelum dipanggil bekerja baek share kan resepi makanan yang sedap-sedap disini kan..kan..Ni name die cheesecake biskot. Resepi die senang ajew. Ala macam resepi kek batik jugak cume ni guna cream cheese. Ok lets see the recipe...

The ingredients:-

-250 g cream cheese
-1/2 in susu pekat
-Nestum
-Biskot Hup Seng Deluxe Cracker
-Susu segar

The methods:-

1-Pukui cream cheese guna mixer sampai creamy.
2-Masukkan 1/2 tin susu pekat dan putarkan lagi. Dah siap ketepi kan.
3-Ambil biskot dan celupkan dalam susu segar tadi. Jangan sampai lembik pulak.
4-Kemudian susunkan biskot yang dicelop tadi dalam loyang.
5-Sapukan cream cheese yang dipukul tadi ats biskot-biskot tu.
6-Then taburkan nestum di ats cream cheese tadi.
7-Lepas tu ulang semula semula step biskot-cream cheese-nestum.
8-Layerkan lah sampai habis crem cheese tu. Sekali lagi ikot suka nak brape layer pon. Layer yg last kasi tebal sikit cream cheese die ok!
9- Tabur nestum yg last then simpan sejuk
10-Da sejuk..baru makannn...



Ahaaa....terliur tak...acube ler try ye. Selamat mencoba!!

Jom buat Tiramisu.

Hi selamat pagi yang dah nak dekat tengah hari. Sebelum nk masak untuk lunch aku nak share resepi tiramisu yang penah aku try. Ianye sesimple dan seedapp. Kalo tak salah aku dah tiga kali aku membuat bnde nih, mula2 try and error. Kali kedua sebab angah nak try bagi kawan-kawan die rase dan kali terakhir aku buat untuk syahmi (alang) sbb pg anto uda (irfan) balik syah alam trus pg jumpe alang sekali. Okey sebelom terlajak ngarut yang tak tentu hala mai tgok resepi acanerla nak wat tiramisu ni.

Ingredients:-

-kek span (tak kesah la kek ape, tapi bg aku kek moist lagi sedap rasenye. Aku buat sndri kek ni, kek choklat)
-250 ml whipping cream
-250 g cream cheese
-serbuk koko
-serbuk nescafe
-esen vanilla
-1/2 cwn gula castor
-air untuk bancuh nescafe

Methods:-

1- Masukkan cream cheese dalam mixer.
2- Campurkan gula ke dalam cream cheese tadi dan putar.
3- Masukkkan 1 sudu teh esen vanilla.
4-Campurkan 250 ml whipping cream dan putar lagi sampi sebati. Dah siap letak tepi dulu.
5- Bancuhkan air tadi dengan sesudu nescafe. Bancuh tanpa gula.
6- Potong kek mengikut acuan atau pon bekas yang kite suke.
7- Tuangkan sedikit air nescafe ke dalam piring dan lembabkan kek yang kita dah potong tadi ats dan bawah, jangan sampai hancus pulak kek tu.
8- Masukkan kek yang lembab tadi dalam bekas yg kita nak. Ikot suka la ye bekas ape.
9- Letakkan cheese yang diputar tadi ats kek tuh. Ikot suka la nak letak tebal mane ye.
10- Dengan menggunakan penapis, ayakkan serbuk koko diatas cheese tadi supaya taknak la coklat die berketul, bia nipis-nipis gitew.
11- Kemudian ulang la balik step 8 tadi. Ikot suka hati la nak buat brape layer yer.
12- Lepas da setle berlayer layer letak dalam peti ais. Dah sejuk baru makan yer.
13- Done and Ngaapp!

 Nak tutorials wat tiramisu ni boley singgah blog Cahaya Cintaku. Ada siap gambar lagi. Selamat mencuba!!

Ni la hasilnye...cecomot sangat!!

Sejuk-sejuk baru sedaap nak ngaap!
Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.


Apakah bahan yang menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan-bahan asas untuk tiramisu ialah telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso,likuer (brandi,marsala,rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan. Bagaimanapun, sebagai pengguna Islam , kita tidak boleh memasukkan likuer ke dalam kek ini kerana arak adalah haram disisi Islam. Untuk menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada, tinggalkan saja bahan tersebut.Keenakan kek ini tidak terjejas walaupun tidak menggunakan likuer. Justeru itu, para pengguna (blogger) semua agar berhati-hati apabila membeli kek ini dari bakeri atau kafe milik bukan Islam kerana kemungkinan besar mereka memasukkan likuer ke dalam kek ini.Adalah lebih baik lagi afdal jika anda boleh menyediakan sendiri kek ini untuk hidangan keluarga anda.Di tanggung halal !


Mascarpone digunakan dalam membuat kek tiramisu jika mengikut resipi asal. Ia adalah sejenis keju "triple cream" dan bewarna putih krim. Ia lebih bermutu dari krim keju biasa dan harganya lebih mahal.Bagaimanapun, ia sukar didapati di pasaran tempatan. Jadi sebagai bahan gantian, anda boleh gunakan Krim Keju Philadelphia. Untuk memberikan rasa yang sama seperti Mascarpone, krim keju perlu dicampur dengan 3 sudu besar krim masam(sour cream) dan 2 sudu besar krim putar.Gaulkan kesemuanya hingga sebati.Lady Fingers adalah sejenis kek span yang berbentuk jejari. Anda boleh membuat sendiri kek ini atau membelinya dari pasaraya atau kedai-kedai menjual bahan kek. Info from Blog Resipi Noraini.

Ni la biskot ladyfinger tuu..

Picture of original tiramisu
Jangan mkan selalu taw...nanti jadi Bambam and gedemok!!

Bila mataku tak mau lelap...

Alaahaiii...da pukui 3.15 pagi nih...napela mate ni tak mau ngantuk. Tak ngantuk sebab ngadap lappy keww...Pusing punye using terjumpe Friendship Quotes ni.. Jom selami and understand what the quotes is...



Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.



Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.

Muhammad Ali


Friendship is a single soul dwelling in two bodies.



Ni aje yang mampu di kongsi. Okey dah ngantuk.. SALAM

Lagu-lagu Westlife Best!!

Hai...hai..hai..kenal tak westlife, ala grup penyanyi barat tuh yang peputih blake tu. Dorang femes kan sekitar tahun 1999 ke 2000 sebab time tu album dorang baru keluar. Lagu westlife ni best sebab cam lagu kanak-kanak aje, santai gitew. Takdelah macam nyanyi yang tak paham spatah haram die nyanyi ape. Kalau kite tgok lirik lagu westlife nie die simple dan senang nak paham...bagi akulah. Aku ikot lagu die first sampai third album je kot, tu pon lagu yang femes yang salu maen kat tv atau radio.


Biography Westlife

Anggota asal Westlifes berasal dari Co Sligo di Ireland. Lima daripada ahli-ahli asal hanya tiga kekal iaitu Shane Filan , Kian Egan dan Mark Feehily. Bryan McFadden dan Nicky Byrne menyertai kumpulan apabila Louis Walsh menunjukkan minat dalam band ini , dia kemudiannya diperkenalkan bekas ahli Boyzone iaitu Ronan Keating untuk band ini dan pasangan itu kini bersama menguruskan kumpulan.

Ni album yang telah berjaya Westlife keluarkan

  • Gravity Album (22/11/2010)
  • Where We Are Album ( 30/11/2009)
  • Back Home Album (1/11/207)
  • The Love Album (20/11/2006)
  • Face to Face Album ( 3/11/2005)
  • Allow Us To Be Frank Album (8/11/2004)
  • Turnaround Album (24/11/2003)
  • Unbreakable V.1: The Greatest Hits Album (26/11/2002)
  • World Of Our Own Album (13/11/2001)
  • Coast to Coast Album (1/11/2000)
  • Westlife Album (7/12/1999)

Westlife First Album

Tracks in Westlife: 
  1. Swear It Again
  2. If I Let You Go
  3. Flying Without Wings
  4. Fool Again
  5. No No
  6.  Don't Wanna Fight No More
  7. Change The World
  8. Moments
  9. Seasons In The Sun
  10. I Need You
  11. Miss You
  12. More Than Words
  13. Open Your Heart
  14. Try Again
  15. What I Want Is What I've Got
  16. We Are One
  17. Can't Loose What You Never Had

Banyak lagi la lagu-lagu dorang dalam album yang lain-lain tuh. If nak tengok detail pasal Westlife ni bole cek kat sini.


Okies...ni nak share antara lagu yang aku suke lirik die...

What I Want is What I've Got

All that I want in my life,
is the feeling of peace,
deep within me truly,

I took a chance,
I let go,
I promised myself,
that it wouldn't scare me,
Miracles appear i know,
Now i can see it show,
Cause i,

Found out what i dreamt of,
and i looked it up,
At this very moment,
what i want is what i've got,
Found out what was missing,
and i looked it up, 
And at this very moment,
what i want is what i've got,

Life is too short to hold back,
I won't live in the past,
being lonely now i know,
This is the time of my life,
Yes i'm sure, 
what i want is what i've got,

Miracles appear i know,
(miracles appear i know)
Now i can see it show,
Cause i,

Found out what i dreamt of,
and i looked it up,
At this very moment,
what i want is what i've got,
Found out what was missing,
and i looked it up, 
And at this very moment,
what i want is what i've got,

Now i've found out, 
what i've been dreaming of,
It's the feeling of peace deep within me,
Cause life is too short to hold back,
I made up my mind, 
I just,

Found out what i dreamt of,
and I looked it up,
At this very moment,
what i want is what i've got,
Found out what was missing,
and i looked it up,
And at this very moment,
what i want is what i've got,

What i want now,
is when i got a chance, 
What i want now,
what i want is what i've got,
(what i want is what i've got),
What i want now,
is when i got a chance,
(when i've got a chance)
What i want now, 
what i've want is what i've got,

Found out what i dreamt of,
and I looked it up,
At this very moment,
what i want is what i've got,
Found out what was missing,
and i looked it up,
And at this very moment,
what i want is what i've got.....
.



Tuesday, February 18, 2014

I LOVE cats

Assalamualaikum dan selamat malam..sejak akir akir ni kan, aku suke sgt meng update blog, walaupon takde bende nk cerita. Tapi sebenarnye setiap hari ade keindahan dalam kehidupan kite, sama ada kite perasan ataupon tak...hehehe..yeke (=

So, malam ni meh gosip gosip pasal kucing. Actually..aku suke kucing biasa2 ajew, xdelah fanatik sgt kan, tp aku ada terdengar ceramah yang Nabi Muhammad SAW sayangkan kucing. Sejak tu aku mula sayang sayang sayang kucing ni. Kucing makhluk ALLAH jugakk kan. Lagi pulak umah aku penuh bersepah kucing. Dari anak kucing sampailah ke nenek kucing. Ha...pasni aku tunjuk gambo seko seko kucing kat umah aku yer.



Ni nak share sikit kenapa Rasulullah sayangkan kucing...
NABI Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu masa, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali. Dalam masa lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di letak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiaww ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).

Fakta menarik mengenai kucing

1. Kucing itu nokturnal – bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam.

2. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

3. Kucing itu karnivor – iaitu ia memakan daging sebagai sumber makanan utama.

4. Kucing punya bulu yang berfungsi mirip misainya di belakang kaki depan mereka.

5. Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia).

6. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

7. Aspirin mematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metabolisme aspirin).

8. Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne).

9. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).


10. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

11. Birman, kucing bermata biru ini dipercaya sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma.

12. Kucing jenis Turkish Van amat menyukai air sampai digelar sebagai Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.



13. Nada E pada oktav keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach).

14. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas.

15. Kucing punya efek menenangkan (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil).

16. Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu).

17. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

18. Masih di zaman Mesir kuno, kalau ada kucing piaraan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka.

19. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orangutan.

20. Kucing punya lebih dari seratus macam suara.

21. Ada juga kucing yang kidal.

22. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya.

23. Kucing boleh lari sampai hampir 50 km/jam.

24. Penglihatan kucing sekitar enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

25. Kucing hampir tidak mengiau kepada kucing yang lain kecuali waktu waktu khusus.

26. Kucing mandi (menjilati dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

27. Kucing tidak berpeluh.

28. Kucing boleh mendengar suara tinggi sehingga frekuensi 65 kHz.

29. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan per minit).

30. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.

31. Kucing jantan boleh mulai berketurunan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

32. Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (takut terhadap kucing).

33. Semua kucing lahir dengan mata biru.

34. Keluarga kucing adalah salah satu mamalia tertua.

35. Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast adalah ibu dari semua kucing.

36. Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari Amerika. Di Asia, kucing hitam sebaliknya dianggap pembawa keuntungan.

37. Kucing dengan pola bulu calico dan tortoise shell biasanya betina.

38. Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap.

39. Urine kucing bersinar dalam cahaya hitam.

40. Catnip disukai kucing kerana baunya mirip dengan bau betina dominan.

41. Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain.

42. Golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah AB.

43. Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (BahasaInggeris).

44. Kucing punya lapisan bulu sejati di bawah bulunya.

45. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

46. Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade.

47. Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya.

48. Pada tahun 1888, 300,000 mummy kucing dijumpai di Beni Hasan, Mesir, dijual $18.43/tan, dikirim ke England untuk digiling hancur dan dijadikan baja.

49. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding dengan setiap mamalia yang lain.

50. Henry I dari Sachsen memutuskan bahawa denda kerana membunuh kucing harus enam puluh gantang jagung.

51. Seekor kucing memiliki 230 tulang dalam tubuhnya manakala seorang manusia hanya memiliki 206 tulang.

52. Seekor kucing mempunyai empat baris kumis.

53. Seekor kucing boleh terburu-buru lari di sekitar tiga puluh satu batu per jam.

54. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

Aku jumpa fakta menarik ni dari blog MimpiLalu


Jom kenal si comel di rumah aku!


Kalau nak ikut kan ye..kucing kat rumah aku ni bergenerasi. Ni pon aku dah tak terkira generasi ke berapa. Yang paling awl generasi kucing ni dah takde, sma ada kene buang ataupon da mati. Aku tak ingt sebab dah lame sgt. Kucing paling senior kat umah aku name die Tummy...biase panggil Tam aje..dulu ada suatu masa yg paling banyak penah ada kat umah aku kucing ni 20 eko..bersepah..stress aje sebab pantang bukak pintu, terus menyelinap masuk. Bukan masuk ikot pintu aje, ikot tingkap sekali tuh!! tingkap dapo!!


Anak kepada Tam, tinggal 3 dari 5 je idop. Ni bulu pendek, cecomel je muke bobo nih taw!

Anak bear, 2 dari 7 je yg idop sbb bear tak pandai jage anak!! Dulu aku ske sgt acicik ni tapi bile da beso ni die nakal sgt. Suke aje panjat meja makan, ada satu hari tido atas sange!!

Anak tam yang berbulu panjang, dulu kering sekarang gemok gedempol langsung aku panggil gemoook!

Anak Tam, mak bg name die alien sbb badan die mcm pelik, telinga berbulu panjang.Die ni xmanje mcm meme, sgt ganas dan tak suke dipegang. Name panjg sgt paggil ajela ally. Aku ingtkan betina pgl kak ally, rupenye jantan..haha.

Anak bear, batch yg pertama agaknye sbb da sama beso je ngan bear, die ni jantan satu2 nya gagah kat umah ni..haha. Kucing yg sgt baek dan mnje, tak banyak bunyi, dengo cakap, xpenah nak cako ataupon geget! Love u cepah!

Ni la Tam...our senior in the house! 

Anak bear yang hnya tggl 2 eko tuh! Hitam legam..tp sekarang da tumbuh bulu puteh2.
Ni lah bear...kucing yang mengade2..menguji kesabaran dan segala nye lah! Actually bear ni mak amek dkt skola mse kecik dan tumpang menyusu pada Tam, pendek kate bear ni anak angkat Tam n bukan dari generasi kucing asal umah ni!

Anak Tam yg baru lahir. 6 eko semuanye.

Memang sayang semua kucing kucing ni tapi bila da banyak sangat paham-paham ajela. Aku ade request nak buang...tapi my father said NO!! Ayah aku mmg suke kan kucing, tapi xde plak die menguruskan kucing tu. Just ske tgok menggelibot macam tuh.
Cer tgok pulak aksi-aksi kucing ni.









Sekian lah kisah kucing-kucing aku...Selamat malam..


Sunday, February 16, 2014

Kerja Ooh Kerja...

Hai selamat malam ..malam ni buhsan la sgt. So pekate meng update blog sambil menghias hias, barulah sedap mate tetamu memandang. Tapi apekan daya..i am not enough expertise..huhu.. Tak pe ye try and error lah. Okeis, malam ni aku nak cite pasal kerja, siang tadi my best fwen call me, guess what..ha pasai keja lah. Kami bersame same apply keje sebagai Customer service executive Astro ( executive ke??) Aku pon ajaklah sekali si adek dan si abg bekerja bersame. Mane tahu ade rezeki di sana..In syaa Allah. Selain amek experience, bole la jugak cari duit kan..kan..Trime kasih kembali Fahida sebab update sayer pasal keje kew,..we are both very desperate about searching jobs. Tak larat wehy dok umah. Tapi agak sdih sebab nak keje kena dok KL. Tak de dah bibik kiut wawa nak uruskan umah tangga..uhuwaa..sedih sekejap. Semoga semuanye run smootly apabila aku merantau..aece waahh...belom pape da brangan. Angan angan menjadi kenyataan okkey!



Teringat kembali pengalaman setahun bekerja as telesales executive. Huh memang mencabar, mungkin perit rase pengalaman pertama kerja kan. Tapi kami semakin matang dalam menempuh segala pencaroba hidup nie...Ade pengalam manis dan pahit masa di tempet kerja. Nak kate pengalaman berharga..yela kot sbb pertama kali bkerja, tp banyak jugak pahitnye bergaul dengan orang-orang kat situ...hanya kami aje yang tahuu...kan Fahida..betape sakitnye nak cari sale, xdek sale kena hamun bgai..naseblah telinga aku jenis pekak kan ajew..hah biaq p korang la nak bising yg penting aku buat kerja!!

Paling best sekali pengalaman kena halau dari umah sewa..hampagas aje kami rasew..takde hati dan perasaan mereka mereka itu...Tapi Alhamdulillah, setiap ujian tu ade hikmahnye. Kami berempat yang kena halau dapat pindah umah flat yang agak selesa di Taman Melati. Lebih selesa dan selamat!!

Dok umah sewa mmg syiokk...nak bagun lambat ke ape takde sape marah sebab semua bagun lamabt..hahah..oleh kerana da terbiase bagun pagi2 nak pergi kerja, so seawal 8 pagi mmg tak buleh tido dahla kalo weekend. Lagi pulak ari sabtu TERPAKSE kerja..haha..seronok sangat.

Ni hari sabtu punye keje, dalam LRT kan xramai orang, hah ape lagi..snap sekejap. Hehe


 Windu owh kat hosmate aku, kami berempat la yang dihalau tu oleh orang yang tak berkeperimanusiaan itu..hah amek kaww..semoga berbahagia mereka hendaknye..huhu.

Inilah kami Kak eija, Leha, aku & Ieda
Gmbar di atas ni gamba aku dan ida last day sebelom kami berangakat pulang setelah resign. Hak..hak.. Ni la first and last kami keluar makan sehosmate taw.
Di rumah pon macam macam kesah tau.Tu semua mengajar lagi erti hidup dan bagi pengalaman lagi dekat kitorang. Sabar itu kan separuh daripada Iman..Hehe.

Team aku di tempat keja. Team Skyvo!



Cukup setahun menempuh liku liku hidop di KL. Hahaha. Ni In Syaa Allah akan kembali ke sana dengan azam dan semangat yang baru. Ape yang aku dapat adalah...
Pengalaman mendewasakan aku!! Selamat tidoo..SALAM

Mulakan Hari yang Baru!!

Haiii...rasenye dah lama tak menjenguk blog aku nih, biasela busy la katekan..(apa ntah yg busynye). Okeylah..dipendekkan cerita ni da masuk bulan Febuari kan (tp aku masih disini...tak de sape nak amek ak kerja...huhu..mugkin takde rezeki lagi kot.) so aku ade azam tahun baru...terlambat sikit buat azam...Azam aku adalah nak menurunkn berat badan, mmg aku dah tekad la betul-betul nie. Hari2 aku search kt pakcik gogel tips diet yg betol sampailah satu hari aku jmpe blog Kevin Zahri..cikgu fitness malaysia. Banyak inspirasi dari situ taw bile tengok ramai yang dah menguruskan diri, ade yang lagi berat dari aku boleh aje kurus, tapi amek mase sikitlah. Itulah dinamakan diet yang sihat.

Ha...kalau berkesempatan jenguk lah page KevinZahri ye.

Okey ni nak cerita plak my plan untuk membako lemak nih..

  1. Pagi pagi aku minum adv dan segelas air masak. Pastu breakfast + susu anline coklat. Makan breakfast bia berpada ye..jangan makan mkanan yang teralalu banyak kalori nye...eiii..sebab pepagi da amek nilai kalori yg tinggi.
  2. Dalam jam 10 to 11 am..if lapar makan la sedikit dan jangan lupa banyak minum air masak. Aku minum air tapis BIO aura..tersangat fresh and sedap.
  3. Lunch pulak aku makan beras Herba ponni keluaran Faiza dicampur dengan oat yg cepat dimasak tuh, salu aku ambil setengah pot beras dan setengah lagi oat tp tu pon da byk untuk aku mkn sorang untuk lunch dan dinner. So lepas ni kena kurangkan lah! Makan dlam sesenduk nasi ajew tau! Opps.. sebelum lunch aku minum sesudu cuka epal + madu dan campur dengan segelas air..mmg masyam tp banyak kasiaat nye cuka epal tuu taw...
  4. Dinner aku ambil jam 7 to 8 pm. (kadang2 terlebih mase ats sebab2 yang xdapat dielakkan) Ha..makan sesenduk aje taww..lauk banyak tak mengape.Kurangkan carb dan lebihkn protein ye!!
  5. Bile malam kadang2 terase lapo kan....ha kalau lapo makan la susu n cereal tak pon nestum kew..ataupon biskot oatmeal cicah susu. Ikot tekak aku la nak buat susu anline ataupon Omega.
  6. Sebelum tido aku minum green tea. Ni 2 kali sehari je aku amalkan. Okey Itu aje!!



Perkara yg penting aku mesti disiplin kan adalah:
- Makan nasi segenggam atau sesenduk aje!
-Minum air paip bioaura 3 - 4 liter sehari!
-Makan sedikit tetapi kerap!
-Pantau nilai kalori dalam setiap makanan! 

Benda yang aku rase aku dah berjaya buat adalah ...di suatu ari mak aku buat breakfast nasi lemak...nasi lemak kalori die dalam 450-500 kalori untuk hidangan lengkap..perghhh. pagi2 takkan nak amek kalori nak hampir separuh keperluankn..so aku menahan nafsu makan itu. Ape yang aku buat aku makan cereal fitness yg ade cmpur buah2 tu dengn susu omega. erkk...kenyang!! Pastu aku pon pg kelurkan peluh dengan mengemop lantai....ececce..rajin pulak kan..kata nak kurus. Memang lenjunn la bermandi peluh bila buat kerja..Lepas siap semua dalam pukul 11 aku terasa laporr sangat, Time tu la baru aku rase nasi lemak itu. Itupon 2 SUDU je okkkey!! plus sambal dengan ikan masin yg rangup tu. Berjayakan....first attempt..alhamdulillah.

Tahu tak ape makanan sedap yang paling lah menggemukkan. Jom tinjau Blog Kevin kejap.
Semoga aku dapat result yang baek mungkin selepas sebulan..Wait okkey!!

December 2013