A piece of Moments

A piece of Moments

Monday, March 31, 2014

Makan-makan Bufday Gurls


Assalamualaikum. Setelah sekian lame tak jenguk blog..rindu nak menulis tetapi tak berkesempatan. Banyak benda yang di kongsikan..huk..huk. Kalau pasal diet alhamdulillah. Segala nya berjalan lancar. Walaupon cheat berlaku berulang kali tapi berat maintan, cuma naik turun zero point something je. Ye, hari ni berat aku dah menjenguk ke angka 7. Alhamdulillah..tersangatlah suke sekali..hehehe. Pasal diet nnti aku share. Ni tetibe teringat nak share gamba mase bufday gegurl bulan lepas...huh..lame dah tu kan. Kami 3 serangkai menyambut bufday dekat-dekat tarikh nya. Mula-mula Siti khadijah, my cousin lahir pada 25 Febuari 2008. Ha...kire sendirilah berape umor die ye. Aku pulak lahir pada 27 Febuari 1988. Ha..masih mude..chubby dan sedang membina kerjaya, belum berumah tangga..(bakal...In sya Allah) hehehe..merepek banyak malam-malam ni..huhu. Yer 2014 aku yang berumur 26 tahun. Sedang mengintai peluang kerja dan bakal imam ku..hukhuk...okey...last but not least, my lovely mum...lahir pada 2 Mac 19......rahsia..hehe. Ok jamuan makan yang dihadiri oleh family dan kawan-kawan yang kebetulan sedang bercuti. Hari tu genap 10 hari ber DA. Aku cheat kot hari tu...sebab tulah berat naik bagai dipam. Padan muka kan,,baru 10 hari badan nak serasi ko dah berhari raya..haha..
Ok..tanpa membebel jom nak share pic mase bufday kami haritu.

Ha...nilah orang yang menyambut Bufday nye. See..ketembaman aku terserlah..maluuu

Kek choc moist and bluberry cheese cake-cik Eiizwa buat sendiri..hehe

Alahai suke cik siti...tapi tak de lilin la syang...

OKeeyy fine...siti reka lilin sendiri ....bijak....bijakk..

Hishh...die tak puas hati selagi lilin tu xcukup tinggi...Hancus la kek tu...sabo ajelah

My frens yg kebetulan cuti...join sekali.
Dari kiri Nad, Mala, and Su. Thanks korang dtg..

Semangat dorg makan...
Alhamdulillah...Kami dipanjangkan umur..In sya Allah ade rezeki kami buat makan-makan lagii..
Maafla siapa yg tak dijemput, buat kecik2 aje, jemput yang terdekat ajew...Thanks sume yang sudi datang...


Wednesday, March 19, 2014

Mini Pavlova

Assalamualaikum..haha aku nih tak padan dengan Diet nak jugak letak entry makanan. Ha...tak dapat makan tengok pon jadilah. Actually lama dah aku simpan resepi nie dan jugak dah lame aku buat pavlova ni. Kalau tak silap bulan december tahun lepas. So sebab tak tahu nak update ape kat blog aku ni, aku kumpol la resepi makanan yang pernah aku try ye. Ok tanpa berlengah lagi let see!


Resepi Pavlova Chumel

Bahan-bahan: 
  • 4 biji telur
  • 3/4 cwn gula
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 st cuka makanan
  • 1/2 st esen vanilla
Cara membuatnya:
  1. Mula-mula panaskn oven terlebih dahulu dengan kepanasan 140 darjah celcius. Nanti bila nak mula membakar baru turunkan ke 110 darjah celcius ye.
  2. Asingkan putih dan kuning telur. Ambil utih telur sahaja. Kuning telur tidak diperlukan ye.
  3. Putar putih telur pada kelajuan tinggi dan pukul putih telur sampai gebu (soft peaks). Nak tau sampai soft peaks ke tak tandanya bila terbalikkan mangkuk ianya tak jatuh.
  4. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar.
  5. Putar sampai kental, sambil memutar masukkan sesudu tepung jagung dan teruskn memutar selama lebih kurang 3 minit.
  6. Bila sudah sebati, stopkan mixer. Hasil adunan sekarang dikenali sebagai meringue.
  7. Seterusnya dengan menggunakan spatula, masukkan esen vanilla dan cuka kemudian kacau sebati.
  8. Kaup balikkan sebatian dengan perlahan-lahan satu arah sahaja.
  9. Seterusnya, letakkan sebatian dalam bekas yg disukai. Kalau tak nak buat mini, letakkan dalam dulang pembakar dilapik dengan baking paper.
  10. Bakar selama 30 min ikot pada kepanasan oven masing-masing lah.
  11. Bila pavlova dah masak, dia akn garing di luar dan lembut di dlm, bila ditekan lembut permukaan pavlova tu, lembut aje.
  12. Bila dah siap masak biarkan pavlova sejuk di dalam oven dan biarkn pintu oven sedikit terbuka. Dah sejuk dalam 10 min barulah dikeluarkan.
Bahan-bahan topping:
  • 250 ml whipping cream Non Dairy (bukan tenusu)
  • buah-buahan segar seperti kiwi, anggur atau strawberry.
Cara membuatnya:
  1. Putar whipping cream dengan kelajuan tinggi. Putar dengan kental lebih kurang 10-15 min.
  2. Sambil tu potong segala buah tadi.
Cara menghias:
  1. Kalau pavlova dalam cup, letakkan whipping cream yg diputar tadi ats pavlova tu, kasi tutup permukaan dia.
  2. Kemudian susunkan buah buhan ats cream tadi. Ikot kretiviti masing-masing lah ye.
Ha...ni mini pavlova aku.Disebabkan hanya ada kiwi memandai je aku tambh limau,jgn ikut ye, limau tu akn jadi pahit.

Aku buat pavlova chomot giler. cream die tak berapa kental tuh. Yang beso tu ibu pavlova ye.
Ape lagi kengkawan..try la buat..sedappp! Sumber dari Cahaya Cintaku


Wednesday, March 12, 2014

Apakah itu KETOSIS?

Ketosis kawan rapat aku.

Ha..kawan-kawan entry aku sebelum ni cakap pasal diet atkin kan..so entry kali ini aku nak berceramah pangjang mengenai prosess ketosis..Kawan baik aku sekarang ..aku gunakan die untuk jadi kurus..hahahaha.

Apakah KETOSIS?

Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.

Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan. Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.

Mengapakah ini terjadi?

Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar. Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.

Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas. Kerana itulah mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi. Secara dasarnya mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi. Bukankah ketone itu alkohol? Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia membuat kita hilang pertimbangan. Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira.

Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang amat natural.Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku sel tubuh tidak dapat menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.

Aktiviti yang dicadangkan

-Pengurangan kalori
1) Pengambilan kalori yang rendah sebanyak 2000 kalori sahaja sehari
2) Kalori mestilah diperoleh daripada protein dan gula fruktosa sahaja (buah-buahan) dan bukan dari karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti.
3) Pengambilan kalsium zink dan potassium yang mencukupi
4) Air yang banyak (Sekurang-kurangnya 4 liter sehari)

-Peningkatan hormon dan enzim tubuh
Hormon yang penting adalah semua hormon yang terlibat secara langsung dalam metabolisme lemak seperti hormon pertumbuhan insulin glukargon dan tiroid.  Hormon disukat dengan kaedah radio amino assay. Ia adalah kaedah yang mengaplikasikan radioaktif untuk menyukat jumlah hormon dalam tubuh kita. Terapi hormon bukanlah sesuatu yang baru. Terapi ini menambahkan hormon dalam darah kita. Bila hormon cukup ia dapat melakukan tugasnya dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan tubuh kita.

-Peningkatan enzim
Enzim bermaksud katalase iaitu bahan yang mencernakan lemak. Tidak seperti enzim dalam perut, enzim yang memecah lemak lebih kecil molekulnya dan aktivitinya bergantung kepada suhu tubuh. Cara yang terbaik bagi memastikan suhu tubuh meningkat adalah dengan bersenam. Pergerakan otot akan membuatkan tubuh memanas dan enzim mula bekerja dengan aktif. Jika kita duduk selama 20 minit atau lebih tanpa aktiviti seluruh otot akan mula berehat dan mengalami penurunan suhu pada sel-sel. Tetapi jika kita bangun dan melakukan aktiviti, ia memanas semula. Dengan itu jalan terbaik untuk meningkatkan enzim adalah dengan bergerak dan bergerak. Jika anda bekerja pejabat dan perlu duduk, sentiasa pastikan anda bangun dan berdiri setiap 20 minit.

-Senaman
Setelah mencapai tahap ketosis anda harus meneruskan aktiviti bersenam selama 20 minit setiap hari bagi memanaskan badan. Di samping itu dapatkanlah nasihat bagaimana meningkatkan tahap hormon dan enzim tubuh anda dari pakar yang berkenaan. Jika tubuh kekurangan hormon dan enzim maka sukarlah lemak untuk pecah dan segala usaha anda menjaga kalori dan bersenam menjadi sia-sia.

sumber: Utusan.com. Dan korang jugak boleh refer blog Bicikut ok!


Tanda-tanda Ketosis

  • Nafas berbau 
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari)
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung)

jika ada SALAH SATU tanda2 diatas, bermakna anda berjaya mendapat ketosis..bermaksud penurunan berat akan berlaku.

P/S: KESAN TANDA-TANDA KETOSIS TIDAK SAMA PADA SEMUA ORANG.


Monday, March 10, 2014

Bermula lah kisah diet Atkin aku

Hai...hai..baru jumpa tengah hari tadi kan. Petang ni jumpa pulak lagi. Kan dah bgtau td mood nk update dah datang..hehehe. Okey uoualss..kat sini aku nak share pengalaman aku ber diet atkin (DA) ni. Aku strat DA dari 21 Febuari 2014. Ha..tahun ni la..bulan lepas je pon. So genap hari nie cukopla 18 hari aku ber DA. Actually aku nak start 20 hb tu, tp aku rase macam tak mampu, yela kan..aku dahla masak untuk fmli aku, sekali aku tak makan..boley tahan ke macam tu. Akirnye bila aku dh di approve masuk FB Kelab Diet Atkin aku tengok ramai yang dah berjaya kurus dengan diet tu. Yang lebih berat dari aku pon boleh dapat berat ideal mereka. Kalau dorang boleh..mesti aku jugak boleh kan. Macam ajaib aje bile muka yang chubby boleh jadi slim, tu baru tgok muke belom tgok badan....haaaa..selim melim kaw..aku teruja dan hari jumaat 21 hb 2 aku nekad nak follow diet atkin


Aku suruh jgak Mr. K sama-sama berdiet dengan aku. Ye..die setuju. Mulalah hari-hari kami dengan lambakan makanan yang berprotein sje ye..carb hanya boleh 20g sehari..pandai-pandai lah kaw kak! Pada hari first, aku rasa macam puasa aje. Yela selalu tu mulut ade je bnde nak kunyah tapii ni tgok jela kerepak depan mate tu kak..bila sampai waktu makan baru mkan. Hari kedua masih okkey la. Hari ke 3 aku rase penat dan lesu, mereka kate normal sebab proses ketosis baru nak mula. OOOww..i love keto..datanglah cepat kepadaku. So kat sini aku nak share mende apelah protein yang aku makan ye. The basic food is teloq!! Boley kate hari-hari aku makan telor kot. Aku letak gamba aje tak pe kan..ala..resepinye biasa-biasa..hahaha. Lets see..

Day 1:
Breakfast-scrambled egg with hotdog and slice of cheese. Sebena nya dalam tempoh induction tak digalakkan amek process food macam sosej tu, tapi aku kan galak..amek jugak. Korang jgn follow k.

Lunch-Naget ayam homemade dgn sekeping cheese

Lunch-Sup daging dengan sayur

Dinner-Cauliflower tumis dengan ikan rebus

Day 2:
Breakfast- sadin role with eggs. Sos biase takmau ok! Jgn follow ye.

Lunch-Lobak puteh tumis dengan ayam goreng

Lunch- Telur+ slice cheese+homemade naget

Dinner-singgang ikan. Serai tu menonjol sgt.haha

Day 3:
Breakfast-telur separuh masak+sosej+cheese

Breakfast & Dinner- Tomyam ayam dengan bayam rebus. Tomyam tu aku beli pes yang low carb.


Day 4:
Breakfast- egg role ikan bilis+sosej

Lunch-Sup daging

Dinner-Scrambled egg with sosej. Sos no.no okkey. Kalau nak sos guna sos nandos..low carb ya.
Day 5 aku tak snap pic. So ni antara makanan yang penah aku makan..haha..saksikan..

Sate ayam homemade.

Ayam goreng berselimut teloq

Sup ayam dan sayur

Scarambled egg+sosej+cheese

Cauliflower scrambled egg+telur rebus

Telur itik goreng+isi ikan

Telur itik goreng+tumis tuna

Teh herba orang kampung tanpa gula

Actually dalam tempoh induction kite mesti buat clean diet. Maksud die ikot betol-betol basic makanan yg ade protein dan elakkan makanan yg banyak carb. Contohnye sos,kicap, gula, sos tiram, segala mak nenek perencah semua tu tak boleh la..aku de gak sikit2 letak..hehe..jangan ikot aku k..hari ke empat or kelima ke entah aku tak ingat..aku terliur gile tgok adek2 aku makan dadih..aku time tu baru bgun tido petang-petang (kantoi tido petang..haha) dengan mulut pahitnya...aku pon bukak peti ais terus melahap dadih tu..time tuhan je yang tahu nikmat die..perghhh..
Tapi alhamdulillah berat still turun lagi esoknye...Minggu pertama berat cantik aje turun, dalam seminggu aku dapat kurangkn 3.6 kg berat aku. Minggu kedua selepas keluar dgn Mr. K tercheatt chot sket,,langsung berat nek o.2 kg..Hari ahad 2/3 bufday mak aku..buatla makan-makan sikit. Ade kek coklat..kek pelangi..kek cheese bluberry (semua aku buat..huhu) dan soto..aku rase alahai sikir-sikit je pon..berat naekk ...TIDAK!!!

Antara kate-kate smangat yang aku tampal kat dinding bilik aku.

Nie kalendar aku..tmpt merepek bagai..Nampak tak berat aku turun setiap hari tuuhh-kantoi timbang setiap hari. Semangat tuu..tgok berat turun!

Ni aku design sendiri...haha..supaya aku nampak berat turun secara terang, jelas dan nyata..
Week 2 berat aku kembali naek kepada ......kg..pastu trun then statik..aku frust mula2..setelah dapat kate-kate semangat dari kawan2 DA..aku redha jela..mgkin aku ni on the way nak PP kot. Mereka kate normal kalau PP berat mgkin naek or statik. Tiga hari la jugak statik 82.2 kg. Mereka kate makan la lemak untuk buang lemak. So, semalam aritu aku malas masak..mak masak gulai lemak kuning telur itik...aku makan jew dgn telur itik goreng..pg tadi aku naek penimbang da turun 81.8 kg...ahahahaha..seronoknye...

Kawan-kawanku yang tekad nak kurus..jom follow diet ATKIN. Tak perlu produk dan tak perlu berlapar. Janji ianya protein.

Nampak perubahan tak..ade la sikit ye..dak.haha. Sebelah kiri tu after 1 weeks induction.
Haaa....dats my Mr. K. Kami berdiet bersame-same. Saling memarahi if tercheat. Padahal cheat same2..haha
Okey..that all from me..Nanti aku hapdate lagi ye..JOM SEHAT.....JOM KURUS.....JOM FOLLOW ATKIN'S DIET!!!

Semangat dari blog Bicikut dan Facebook Kelab Diet Atkin [Malaysia]

Diet Atkins

Hai...dan salam sejahtera..puii, skematik..hehe. Okey..aku da siap semua kerja, breakfast..lepaking sambil makan dan menyapu satu umah bg clean and clear sket mata memandang. Ingat tak dulu, awal bulan dua aku nak berdiet low fat..agaknyela sbb aku kurangkan kuantiti makanan yang aku ambil selain tu jugak aku mengamalkn pemakanan sehat keh..keh..keh..kat sini entry die yang bertajuk Mulakan hari yang baru. Haha dari situ bermula hari aku bertekad nak diet tapi mula-mula tu slow2 lah dulu. Setelah bermacam macam produk aku makan tak jugak kurus2 kan...geram betol rase, sabar ajelaahh.

Terseksi pulak gambo niey..
Nak dijadikan ceritera, my Mr. K bergosip dgn kawan die, xdapat kerja la..bla..bla.bla..so his kawan suggest him to follow atkins diet. Siap die add kan ke group Kelab Diet Atkins Malaysia lagi. Sedikit kejelesan di situ....haha..gurau ajew. Mr. K amat berat taw..dats why i like him..huhu..
Aku pon search kat pakcik gogel, ape itu diet atkins..haa..pas bace ni aku paham le sikit. The main point is this diet must take highhh protein and low carbohydrate. Tapi bukan sng ookey nak low kan carb tu..almost dalam mkanan kegemaran kite mmemang banyak carb tuh..Jom kite pahamkan ape diet atkins ni.

Apa itu Diet Atkin


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu

Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
- 0.5 karbohidrat

Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
- 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
- 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat

- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)

3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi. Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com

Haaa...paham tak..simple ajekan..nak mule tu..bukan senang. Kalau da paham, sesape yang nak kurus tuh boleh kuatkan semangat..mental dan fizikal untuk follow diet ni macam hakuu..hehe..Nanti aku hapdate pulak diet atkin aku. Okey nak prepared for  lunch..Bye...bye

owh...fat is Yes. You should take fat to get rid of fat.