A piece of Moments

A piece of Moments

Wednesday, March 12, 2014

Apakah itu KETOSIS?

Ketosis kawan rapat aku.

Ha..kawan-kawan entry aku sebelum ni cakap pasal diet atkin kan..so entry kali ini aku nak berceramah pangjang mengenai prosess ketosis..Kawan baik aku sekarang ..aku gunakan die untuk jadi kurus..hahahaha.

Apakah KETOSIS?

Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.

Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan. Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.

Mengapakah ini terjadi?

Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar. Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.

Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas. Kerana itulah mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi. Secara dasarnya mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi. Bukankah ketone itu alkohol? Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia membuat kita hilang pertimbangan. Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira.

Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang amat natural.Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku sel tubuh tidak dapat menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.

Aktiviti yang dicadangkan

-Pengurangan kalori
1) Pengambilan kalori yang rendah sebanyak 2000 kalori sahaja sehari
2) Kalori mestilah diperoleh daripada protein dan gula fruktosa sahaja (buah-buahan) dan bukan dari karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti.
3) Pengambilan kalsium zink dan potassium yang mencukupi
4) Air yang banyak (Sekurang-kurangnya 4 liter sehari)

-Peningkatan hormon dan enzim tubuh
Hormon yang penting adalah semua hormon yang terlibat secara langsung dalam metabolisme lemak seperti hormon pertumbuhan insulin glukargon dan tiroid.  Hormon disukat dengan kaedah radio amino assay. Ia adalah kaedah yang mengaplikasikan radioaktif untuk menyukat jumlah hormon dalam tubuh kita. Terapi hormon bukanlah sesuatu yang baru. Terapi ini menambahkan hormon dalam darah kita. Bila hormon cukup ia dapat melakukan tugasnya dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan tubuh kita.

-Peningkatan enzim
Enzim bermaksud katalase iaitu bahan yang mencernakan lemak. Tidak seperti enzim dalam perut, enzim yang memecah lemak lebih kecil molekulnya dan aktivitinya bergantung kepada suhu tubuh. Cara yang terbaik bagi memastikan suhu tubuh meningkat adalah dengan bersenam. Pergerakan otot akan membuatkan tubuh memanas dan enzim mula bekerja dengan aktif. Jika kita duduk selama 20 minit atau lebih tanpa aktiviti seluruh otot akan mula berehat dan mengalami penurunan suhu pada sel-sel. Tetapi jika kita bangun dan melakukan aktiviti, ia memanas semula. Dengan itu jalan terbaik untuk meningkatkan enzim adalah dengan bergerak dan bergerak. Jika anda bekerja pejabat dan perlu duduk, sentiasa pastikan anda bangun dan berdiri setiap 20 minit.

-Senaman
Setelah mencapai tahap ketosis anda harus meneruskan aktiviti bersenam selama 20 minit setiap hari bagi memanaskan badan. Di samping itu dapatkanlah nasihat bagaimana meningkatkan tahap hormon dan enzim tubuh anda dari pakar yang berkenaan. Jika tubuh kekurangan hormon dan enzim maka sukarlah lemak untuk pecah dan segala usaha anda menjaga kalori dan bersenam menjadi sia-sia.

sumber: Utusan.com. Dan korang jugak boleh refer blog Bicikut ok!


Tanda-tanda Ketosis

  • Nafas berbau 
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari)
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung)

jika ada SALAH SATU tanda2 diatas, bermakna anda berjaya mendapat ketosis..bermaksud penurunan berat akan berlaku.

P/S: KESAN TANDA-TANDA KETOSIS TIDAK SAMA PADA SEMUA ORANG.


No comments:

Post a Comment