A piece of Moments

A piece of Moments

Friday, January 24, 2014

Jom Solat sunat Dhuha.

Salam Jumaat dan selamat pagi. Jumaat ni penghulu segala hari kan. So, di pagi jmaat ni nk share kelebihan solat sunat dhuha. Solat dhuha kunci rezeki, Insyaallah selalu amalkn murah rezeki kite. Dengan hanya 2 rakaat banyak kelebihan yang kite boleh dapat. Jom Dhuha....sempat lagi...

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat dhuha adalah sedekah

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.



2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari.

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.



3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.



4. Solat Dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


Di atas nie doa selepas solat sunat Dhuha.

Pagi2 bile dgr radio IKIM, akan ade lagu solat dhuha ni nyanian oleh UNIC. Cube la dgr, dgr selalu otomatik nanti kite akan hafal doa nie serta maksud die.





Thursday, January 23, 2014

Blueberry Cheesecake untuk Mr. K..

Assalamualaikum. Jam dah menunjukkan pukol 12.55 mase aku menulis entry nie. Sblm melelapkan mate nie..trase nak update blog pulak..Kalau pasal ni mmg ilang ngantuk. Sori momon ckp dgn kamu nguap2 ajew.hehe. Petang tadi pegi beli cream cheese dgn mak untuk wat bufday kek la kononnye..haha...Jadilah drpd takde kan..Walaupon chomot atleast aku try buat sndiri. Oleh kerana nak ber date esok so terpakse la bg kek awal sehari..Bufday die 24 January..jatuh pada hari jumaat. Mane plak nak berjumpe nye.

Selepas je solat mgrb aku terus la bertungkus lumus la sgt wat kek cheese yg feveret adek aku. Kecewa die aku wat bukn untuk die makan..haha. So kat sni nak share resepi cheese kek nih. Dalame resepi simple ni. Dulu penah buat tp lame da menyepi akirnye kuar balik resepi ni. Aku pon dah tak ingat aku amek kat mane. So..ni resepi nye. Simple gile and easy as ABC...huhu.


Cheesecake Bluberry



Ingredients:

• 250g cream cheese 
• 200cc/ml fresh cream/plain yogurt 
• 2 sudu kecil jus lemon
• 3 sudu besar tepung gandum 
• 2 biji telur
• 90g gula 

Method:

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper). 
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. 
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
6. Untuk rase lebih sedap sapukan bluberry filling di atasnye..DONE!

Haaaa.....Ni la hasil cheesecake chomot aku...waaa...



Chomot sangat kan..tp chumel. Hehe.




Ni cheese kek yg buat awl bulan nie untuk kawan si angah yang order.
Satu pek mcm gamba ats tadi die jual RM 20 sbb mmg 90 percent adalah cheseee..

Hah..oklah malam semakan larut. Mate suda dibuai. Lena dulu. Selamat malam dan assalamualaikum.

Tuesday, January 21, 2014

First time blogging..

Assalamualaikum..hari ni 21 Januari 2014. Tiba-tiba rasa cam bosan plak jadi pengganggur terhormat, so terpikir la pulak  nak wat blog. Yelakan bole jugak jadikan tempat merepek ataupon untuk share ape2 aje. Hahaha..welcome to my blog.