Ingredients:-
-kek span (tak kesah la kek ape, tapi bg aku kek moist lagi sedap rasenye. Aku buat sndri kek ni, kek choklat)
-250 ml whipping cream
-250 g cream cheese
-serbuk koko
-serbuk nescafe
-esen vanilla
-1/2 cwn gula castor
-air untuk bancuh nescafe
Methods:-
1- Masukkan cream cheese dalam mixer.
2- Campurkan gula ke dalam cream cheese tadi dan putar.
3- Masukkkan 1 sudu teh esen vanilla.
4-Campurkan 250 ml whipping cream dan putar lagi sampi sebati. Dah siap letak tepi dulu.
5- Bancuhkan air tadi dengan sesudu nescafe. Bancuh tanpa gula.
6- Potong kek mengikut acuan atau pon bekas yang kite suke.
7- Tuangkan sedikit air nescafe ke dalam piring dan lembabkan kek yang kita dah potong tadi ats dan bawah, jangan sampai hancus pulak kek tu.
8- Masukkan kek yang lembab tadi dalam bekas yg kita nak. Ikot suka la ye bekas ape.
9- Letakkan cheese yang diputar tadi ats kek tuh. Ikot suka la nak letak tebal mane ye.
10- Dengan menggunakan penapis, ayakkan serbuk koko diatas cheese tadi supaya taknak la coklat die berketul, bia nipis-nipis gitew.
11- Kemudian ulang la balik step 8 tadi. Ikot suka hati la nak buat brape layer yer.
12- Lepas da setle berlayer layer letak dalam peti ais. Dah sejuk baru makan yer.
13- Done and Ngaapp!
![]() |
Ni la hasilnye...cecomot sangat!! |
![]() |
Sejuk-sejuk baru sedaap nak ngaap! |
Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.
Apakah bahan yang menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan-bahan asas untuk tiramisu ialah telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso,likuer (brandi,marsala,rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan. Bagaimanapun, sebagai pengguna Islam , kita tidak boleh memasukkan likuer ke dalam kek ini kerana arak adalah haram disisi Islam. Untuk menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada, tinggalkan saja bahan tersebut.Keenakan kek ini tidak terjejas walaupun tidak menggunakan likuer. Justeru itu, para pengguna (blogger) semua agar berhati-hati apabila membeli kek ini dari bakeri atau kafe milik bukan Islam kerana kemungkinan besar mereka memasukkan likuer ke dalam kek ini.Adalah lebih baik lagi afdal jika anda boleh menyediakan sendiri kek ini untuk hidangan keluarga anda.Di tanggung halal !
Mascarpone digunakan dalam membuat kek tiramisu jika mengikut resipi asal. Ia adalah sejenis keju "triple cream" dan bewarna putih krim. Ia lebih bermutu dari krim keju biasa dan harganya lebih mahal.Bagaimanapun, ia sukar didapati di pasaran tempatan. Jadi sebagai bahan gantian, anda boleh gunakan Krim Keju Philadelphia. Untuk memberikan rasa yang sama seperti Mascarpone, krim keju perlu dicampur dengan 3 sudu besar krim masam(sour cream) dan 2 sudu besar krim putar.Gaulkan kesemuanya hingga sebati.Lady Fingers adalah sejenis kek span yang berbentuk jejari. Anda boleh membuat sendiri kek ini atau membelinya dari pasaraya atau kedai-kedai menjual bahan kek. Info from Blog Resipi Noraini.
![]() |
Ni la biskot ladyfinger tuu.. |
![]() |
Picture of original tiramisu |
Jangan mkan selalu taw...nanti jadi Bambam and gedemok!!
No comments:
Post a Comment